THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, September 17, 2009

TERUSKAN PERJUANGAN

Kita hanyalah manusia biasa,
Adakalanya rasa diri ini tidak mampu untuk berdiri lagi,
Akan tetapi dengan semangat yang ada didalam jiwa,
Serta keyakinan yang jitu akan kebesaranNYA,
Membuatkan kita mampu berdiri lagi di sini....

Kita hanyalah manusia biasa,
Pabila ujian melanda diri,
Hadapilah ia dengan jiwa yang tabah,
Yakin akan hikmah yang tersembunyi daripadaNYA,
Ketenagan itu pasti akan datang dengan sendirinya.....

Kita hanyalah manusia biasa,
Pabila rasa diri hilang semangat untuk melangkah,
Ingatlah sentiasa padaNYA yang tidak akan meninggalkan kita,
Sekali kita ingat padaNYA seribu kali DIA ingat pada kita,
Janganlah kita rasa putus asa padaNYA,
Kerana kita juga yang akan rugi di kemudian hari....

Teruskan Perjuangan Hidup Ini Walauapa Jua Dugaan Yang Datang Melanda Diri,
Teruskan Keyakinanmu padaNYA Pasti Kamu Tidak Akan Rasa Rugi,
Dengan Hikmah Yang Tersembunyi......

0 comments: