THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 13, 2011

KENANGAN ITU....

Akaku,akaku,akaku yurete
Yume no,yume no hate e,
Hanare rarenai........

Kenangan itu sentiasa segar didalam ingatanku,
kenangan yang tercipta hampir 10 tahun yang lalu,
kenapa aku masih sukar untuk melupakan dirimu,
kenapa bila aku keseorangan kenangan itu muncul lagi....

Bila aku boleh melupakan dirimu,
walaupun aku pernah jumpa pengganti dirimu,
Akan tetapi namamu jua sentiasa dihati dan mindaku,

Kenapa sukar bagiku untuk melupakan dirimu,
Mengapa dikau selalu muncul di ingatanku...

Kau pergi tanpa khabar berita,
Kau pergi tanpa salam perpisahan,
Kau pergi tanpa pesanan buat diriku.....

Pengganti dirimu jua pergi sepertimu,
Pergi tanpa khabar berita,
Pergi tanpa salam perpisahan,
Pergi tanpa pesanan buat diriku......

Ini lah takdir buat diriku bertemu dengan salam perkenalan,
Akan tetapi perpisahan yang terjadi selalu tanpa salam perpisahan....

Mungkin itu yang terbaik buat diriku,
Semoga aku tidak akan jumpa dengan kau ataupun dia yang pernah hadir dihati ini,
Aku tahu seandainya aku berjumpa dengan kau ataupun dia....
Aku tidak mampu melawan perasaan ini,
Kerana perpisahan ini aku sendiri tidak tahu di mana salah dan silapku......

Aku sering bertanya pada diriku sendiri,
Apakah salahku sehingga perpisahan yang sering berlaku tanpa aku tahu apa salah dan silapku......

Segalanya Ketentuan-NYA (^^,)

Aku tidak menyesal dapat mengenali dirimu dan dirinya,
Kau ada kelebihan yang tersendiri,
Dia juga ada kelebihan yang tersendiri....
Kau dan dia ada rahsia dan kenangan yang tercipta untuk diriku....

Terima kasih atas kenangan yang terindah yang telah kau dan dia cipta untukku...
(^^,)

Akaku,Akaku,Akaku moete,
Subete,subete keshite,
Kanau koto no nai,
Maboroshi ga ugokidasu,
Tsuyoku tsuyokei,
Hakanai yoru o,

Koete,koete,koete
Nogare rarenai tsumi ni,
Oborete mo kittoo.....