THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, February 12, 2010

KEHIDUPAN

Aku Hanya Manusia Biasa,
AkuTak Punya Apa-Apa,
Tapi Aku Ada Harga Diri......

Biar La Hatiku Terluka,
Biar La Hatiku Retak Seribu,
Biar La Semuanya berlalu,
Aku Tak Rugi Apa-Apa......

Pada Diri Ini Hanya Ada KASIH SAYANG,
Pada Diri Ini Hanya Ada RINDU,
Pada Diri Ini Hanya Ada KEJUJURAN & KEIKHLASAN......

Tapi Kenapa Aku Sentiasa Dilukai,
Kenapa Aku Sentiasa Diuji Sebegini,
Kenapa???

Jawapannya......
Kerana DIA Lebih Menyayangimu,
Kerana DIA Lebih Mengasihimu,
Kerana DIA Lebih Merindui Rintihanmu......

Duhai Jiwa,
Jangan La Dikau Bertanya Kenapa Semua Ini Terjadi,
Jangan La Dikau Bertanya Kenapa Mesti Aku,
Jangan La Dikau Bertanya Kenapa Dugaan Yang Datang Ini Mesti Aku....

Ingat La Duhai Hati,
Kembali La Dikau KepadaNYA,
Kembali La Dikau MerinduiNYA,
Kembali La Dikau Memohon Rahmat&Kasih SayangNYA......

DIA La Sebaik-Baik Pengurus Dirimu,
DIA La Sebaik-Baik Tempat Kembali,
DIA La Sebaik-Baik Tempat Kau Menyerahkan Segalanya,
Kerana DIA Sebaik-Baik Tempat Kau Serahkan Segala Urusanmu Di Dunia& Di Akhirat......



Thursday, February 4, 2010

KETABAHAN

Duhai Hati,
Tabahlah dikau menghadapi pelbagai dugaan
Yang datang melanda tanpa mengenal waktu,
Yang datang tanpa diundang...

Duhai Hati,
Tenanglah dikau didalam Rahmat Dan Kasih Sayang-NYA,
Tenanglah Dikau didalam Pelukkan kasih Sayang-NYA....

Duhai Hati,
Andai dikau dipenuhi dengan kasih sayang,
Dikau akan merasa nikmatNYA....

Duhai Hati,
Tabahlah dikau dengan semua ujian yang datang menguji,
Kekuatan Hati,Jiwa Dan Perasaanmu,
KepadaNya Tempat Engkau Kembali
Duhai Hatiku Sayang.....