THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, June 19, 2009

Jangan.....

Jangan biarkan dirimu dibelenggu kesedihan,
Kerana ia akan mengundang rasa putus asa,
Jangan biarkan dirimu merasa terlalu rendah diri,
Kerana mungkin ada insan lain mengambil kesempatan keatasmu....


Jangan biarkan dirimu dikuasai api amarah,
Kerana ia akan mengundang banyak penyakit,
Jangan biarkan dirimu dikuasai rasa bangga diri,
Kerana ia akan memakan dirimu sendiri....


Hidup didunia ini hanya sementara,
Bila-bila masa sahaja DIA boleh mengambil semua nikmat yang telah DIA berikan kepada kita dalam sekelip mata,
Dan pabila tiba saat itu kita akan menjadi seorang insan yang paling rugi,
Dengan nikmat yang telah diberikan oleh-NYA....


Oleh itu marilah kita sentiasa memuhasabahkan diri kita,
Agar sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah DIA berikan kepada kita,
Pupuklah diri kita ini agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada kita,
Kerana apa yang ada pada kita itulah yang terbaik buat kita....


DIA lah sebaik-baik pengurus bagi kehidupan kita didunia dan diakhirat,
DIA lah sebaik-baik tempat kita menyerah diri ini,
Sentiasa lah kita berserah diri kepada-NYA,
Agar hidup kita ini sentiasa di dalam keredhaan-NYA didunia dan diakhirat....
AMIN....

0 comments: